Carian untuk:
Selamat datang [Login | Daftar]
Language
Main Menu
Menu Produk
Daftar Pelanggan

Sila Register di Lavender Online samada untuk sebarang pembelian atau bagi mendapatkan info kecantikan, tips percuma, khidmat nasihat, produk terbaru atau offer menarik yang akan kami berikan dari masa kesemasa.

Keahlian adalah Percuma

Featured Product

WE ACCEPT


Informasi
Produk: 279
Ketegori: 49
Harga: Malaysia Ringgits
Matawang
Mailing List
Subscribe to our mailing list below:
Email:
free web hit counter
Our Visitors
Location: » Leesa Formula » Leesa Formula Shapely Slim

Leesa Formula Fatrim

Leesa Formula Fatrim

Product Information

Walaupun kita mengambil makanan rendah lemak, jika makanan itu tinggi kadar karbohidratnya, ia tetap akan menjadi lemak! Kebanyakan makanan seperti nasi, pasta, mee dan roti mengandungi karbohidrat yang tinggi. Oleh itu badan kita memerlukan nutrien yang dapat berfungsi memecahkan karbohidrat yang kita makan menjadi tenaga, bukan lemak.

Bio-health Fatrim adalah nutrien yang akan bertindakbalas untuk mengaktif dan mempercepatkan proses pembakaran makanan dan pencairan lemak dengan mempertingkatkan proses metabolisma di samping memperkuatkan hati untuk membersihkan salur usus dengan lebih lancar. Hati yang bersih dapat meningkatkan daya bakar lemak dalam badan.

FUNGSI
  • Mengurangkan rasa lapar dan selera makan untuk mengelakkan makan berlebihan
  • Menghalang pembentukan lemak dalam badan tanpa menyebabkan kehilangan protein dan jisim badan
  • Menggalakkan pembakaran kalori untuk menurunkan berat badan;
  • Merendahkan kolesterol dan asid lemak dalam darah
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan menguatkan fungsi hati.
  • Memberi tenaga dan kekuatan fizikal walaupun kurang mengambil makanan.
  • Mengelak keletihan badan

KANDUNGAN AKTIF

Garcinia:

adalah agen mengurangkan selera makan secara semulajadi yang telah digunakan berabad lamanya dalam perubatan Ayurvedic. Kajian menunjukkan ia mengandungi asid hydro-citric yang dapat membakar lemak, tanpa menyebabkan kehilangan protein dan jisim badan. Ia juga membantu mengurangkan kadar triglyceride untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke.

Fungsi Garcinia :

  • Mengurangkan selera makan untuk menghalang makan berlebihan
  • Menghalang pembentukan lemak dengan menggalakkan pembakaran kalori untuk menurunkan berat badan
  • Merendahkan kolesterol dan asid lemak dalam darah untuk mengurangkan risiko penyakit kardio-vaskular

Guarana:

Adalah herba tradisional dari Amerika Selatan yang telah digunakan berabad lamanya sebagai tonik atau pemberi tenaga, untuk kesan diuretic dan agen anti-diarrhea. Dengan sifat-sifat mencuci dan mengenyangkan rasa lapar, ia terbukti berkesan untuk menghalang pemakanan terlebih dan membantu untuk proses penurunan berat badan.

Fungsi Guarana:

  • Memberi tenaga tambahan, kesegaran badan dan mengurangkan rasa letih serta mengantuk;
  • Mengurangkan rasa lapar dan selera makan untuk menghalang makan berlebihan;
  • Mengurangkan sakit kepala dan migraine.

Green Tea:

Terhasil daripada daun teh hijau kering, Camellia Sinensis. Ia telah digunakan beribu tahun lamanya di Asia sebagai minuman dan ubat. Ia mengandungi bio-flavonoid dan merupakan anti-oksida yang terbaik untuk memerangi radikal bebas (free radicals).

Fungsi Green Tea:

  • Membantu mengurangkan kolesterol tidak baik, LDL dan penggabungan platelet untuk mengurangkan risiko penyakit kardio-vaskular;
  • Bertindak sebagai penghalang sistem badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu sistem pertahanan badan
  • Menghalang daripada jangkitan sistem penghadaman dan sistem pernafasan;
  • Menghalang pembentukan kanser oleh carcinogens, cahaya ultra-violet dan metastasis.

PENGGUNAAN
  • Untuk permulaan program diet sehingga mendapat kesan yang diingini:
    Ambil 2 kapsul pagi dan 2 kapsul petang sebelum makan.
  • Untuk tujuan maintainance:
    Ambil 2 kapsul sebelum makan tengah hari, sekali sehari.
ATURAN PENGAMBILAN
  • Boleh diambil oleh semua lelaki dan wanita, termasuk remaja berumur 13 tahun ke atas.
  • Apabila diambil, kapsul ini bukan sahaja boleh menurunkan selera makan, mengurangkan rasa lapar malah ia dapat mengekalkan tenaga & kekuatan fizikal tanpa rasa letih & lesu.
  • Sangat penting diambil apabila memakan makanan yang mengandungi karbohidrat ditukarkan kepada tenaga bukan lemak.
  • Terbaik jika diambil bersama Set Lengkap Shapely Slim untuk menambah keberkesanan.
  • Boleh diambil untuk mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, jantung atau kencing manis.
  • Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusukan.

RAMUAN

Ekstrak Buah Garcinia Cambodia
Ekstrak Daun Camellia Sinensis (Teh Hijau)
Ekstrak Bijian Paullinia Cupana (Guarana)

KANDUNGAN

Berat bersih: 60 kapsul

KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

MAL No: MAL05090414K
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice)
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL


Price: RM55.00


Product Code: FAT259
 
Quantity: Add to Basket


Bookmark This Item


Design by BumiCyber.com
Powered by CubeCart
Copyright Devellion Limited 2006. All rights reserved.