Tutorial Shopping
Tutorial ini ditulis dengan mengandaikan anda masih belum berdaftar dengan
Lavender Online. Sekiranya anda telah berdaftar dan mempunyai akaun di Lavender Online terus ke Gambarajah No 4.
Gambarajah: 1
1) Buka web Lavender Online di alamat
http://www.lavender2u.com
2) Klick "
Daftar" yang terdapat di bahagian bucu atas sebelah kanan web lavender online.
(rujuk gambarajah 1)
Gambarajah: 2
3) Isi dan Lengkapkan borang pendaftaran. Pastikan setiap maklumat adalah benar dan tepat. Di Lavender Online setiap maklumat pelanggan kami adalah sulit.
4) Setelah dipastikan semuanya lengkap dan semua maklumat adalah betul, klick butang "
Submit & Continue"
Gambarajah: 3
5) Anda akan login ke sistem dan secara automatik di bawa ke halaman utama web Lavender Online. Nama anda akan terpapar di bahagian header (rujuk gambarajah 3)
Gambarajah: 4
6) Pilih Produk - Klick pada
kategori / jenama produk pada menu produk di sebelah kini web.
7) Senarai produk akan terpapar di ruangan tengah.
8) Klick pada
nama produk untuk keterangan terperinci mengenai produk berkenaan atau untuk tujuan pembelian.
Gambarajah: 5
9) Sekiranya anda ingin membeli produk tersebut, klick pada butang "
Add to Basket" iaitu bakul shopping anda setelah anda masukkan kuantiti yang anda inginkan. (rujuk gambarajah 5)
Gambarajah: 6
10) Sistem akan merekodkan barangan yang berada didalam
troli membeli-belah anda.
11) Sekiranya anda ingin membeli produk-produk lain pula, anda boleh ulangi langkah-langkah dari
step ke-6. (rujuk gambarajah 4)
12) Jika telah selesai dan ingin membuat pembayaran, klick butang "
View Basket".
Gambarajah: 7
13) Senarai produk-produk di dalam bakul shopping anda akan tersenarai di halaman ini.
14) Anda masih boleh membuat pindaan samada mengeluarkan barang atau menambah barang dalam bakul shopping anda.
15) Jika telah puas hati, klick butang "Continue" untuk langkah seterusnya.
Gambarajah: 8
16) Isi dan Lengkapkan
alamat penghantaran produk. Produk akan dihantar ke alamat ini dan bukannya alamat yang terdapat di ruangan Invoice Address. Ini kerana pelanggan mungkin membuat pembelian bagi pihak ketiga dan ingin produk tersebut dihantar ke alamat yang lain. (Contoh: Anda membeli, tetapi anda ingin kami poskan produk tersebut ke rumah Ibu Mertua anda).
17) Sila periksa semula samada alamat yang anda isikan adalah
betul dan lengkap. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika produk yang dipesan tidak sampai kepada anda sekiranya ia akibat dari kesilapan anda memasukkan alamat yang salah atau tidak lengkap.
18) Kemudian klick butang "
Continue".
Gambarajah: 9
19) Di halaman Payment, tandakan pada radio button bagi "
Borang Pembayaran".
20) Anda juga boleh meninggalkan komen atau pesanan ringkas untuk pihak Lavender Online sebelum menekan butang "
Continue" untuk ke langkah berikutnya.
Gambarajah: 10
21) Invoice pembelian akan terpapar. Kami amat menyarankan agar anda mencetak
Invoice Order tersebut sekiranya anda mempunyai printer untuk rujukan sekiranya diperlukan.
22) Lihat "
Grand Total" harga produk dan kos penghantaran bari produk yang anda order dan Sila buat pembayaran mengikut
arahan pembayaran yang telah dinyatakan pada invoice tersebut.
23) Proses selesai. Kami akan memproses order anda sejurus pembayaran diterima. Semua penghantaran produk akan dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan
POSLaju dan anda akan diberikan
Tracking Number untuk mengesan status penghantaran produk anda dengan pihak
POS Malaysia sekiranya perlu.
Selamat membeli-belah di
Lavender Online. Kepuasan anda, adalah keutamaan kami.