Lavender Online

Switch to desktop Register Login

Nona Roguy

logo-nona-roguy

Nona Roguy (NR)

NR adalah produk herba buatan Malaysia yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sejak berkurun lampau, keindahan dan kecantikan menjadi aspirasi setiap insan. NR dengan bangganya memperkenalkan rangkaian ramuan herba tradisional yang lengkap untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan semulajadi tanpa bahaya kesan sampingan.

Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropikan dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba NR diproses melalui penggunaan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Ramuan herba ini mengandungi pelbagai Vitamin, Garam Galian dan Antidot yang dapat membantu mencegah masalah penyakit di samping menjaga kestabilan kesihatan tubuh.

Gabungan keaslian herba tradisi dan kepekaan moden memastikan kesinambungan warisan tamadun Melayu mekar dan kekal.

Ianya adalah rangkaian produk kesihatan yang berasaskan herba yang dirumuskan secara tradisional. Produk NR juga kenali dengan nama "Herba Pembersih Dalam", ada juga mengenalinya sebagai ‘Jamu’ NR.

‘Jamu’ adalah dikenali oleh masyarakat Jawa sebagai ‘herba untuk mengubati’ dimana ramuannya tidak dicampur dengan bahan-bahan kimia. ‘Jamu’ juga merupakan amalan tradisi turun temurun sebelum adanya perubatan moden. Jadi tak salah jika NR disebut ‘Jamu’. Namun panggilan ‘Jamu’ ini telah dipandang kolot oleh sesetengah masyarakat moden kini. Ini mungkin kerana mereka tidak mengetahui kebaikkannya.

Copyright© Lavender Online™ 2006-2013. All rights reserved.

Top Desktop version