Lavender Online

Switch to desktop Register Login

Print this page

Kenapa mesti pilih Corset BodyCurve by Cosry? Featured

Corset BodyCurve by Cosry Corset BodyCurve by Cosry

MEMILIH pakaian dalam seperti korset sering menimbulkan masalah kepada kebanyakan wanita kerana kadangkala korset yang dibeli tidak sesuai dengan badan, apatah lagi apabila dipakai mendatangkan rasa tidak selesa.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana wayar atau tulang yang dijahit pada korset menikam badan apabila anda melakukan pergerakan mudah atau ketika melakukan tugas harian di pejabat mahupun di rumah. Meskipun tidak ada kesan luka, tetapi tusukan tulang berkenaan pastinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa terganggu kala berurusan atau menjalani rutin harian. Justeru memilih dan memahami fungsi korset adalah penting bagi mendapatkan bentuk tubuh dikehendaki.

Transformasi serta merta Corset BodyCurve by Cosry

Ramai yang tersalah tanggapan mengenai pemakaian korset yang dikatakan mampu menguruskan badan walaupun ia bukan berfungsi begitu sebenarnya.

Pemakaian korset bukan bertujuan untuk menguruskan badan, tetapi ia adalah untuk memberi bentuk kepada badan dengan melindungi bahagian yang tidak ingin dilihat.

Jangan salah faham mengenai fungsi korset. Katalah, berat badan anda 60 kilogram. Apabila memakai korset , berat badan anda tetap sama cuma anda akan kelihatan lebih ramping kerana korset membentuk bahagian badan menjadi lebih menarik dan anggun.

Jadi, perkara utama yang perlu diberi penelitian apabila memilih korset adalah ia mudah diselenggarakan ketika anda ingin menyarungkan ke badan kerana korset yang baik adalah korset yang selesa ketika dipakai.

Korset sepatutnya selesa apabila dipakai, mudah disarung dan tidak menimbulkan kesan kesakitan kepada pemakai. Bahkan, korset sewajarnya meletakkan pemakai dalam keadaan selesa walaupun ia agak kemas di badan anda.

Korset BodyCurve by Cosry direka eksklusif dari pereka fesyen terkenal, Putra Aziz yang memang sinonim dengan hasil - hasil rekaan baju kebaya nya yang banyak diperagakan oleh selebriti tempatan terutama untuk pakaian persandingan. Ianya cukup selesa dan mudah walaupun mempunyai tulang kerana Putra Aziz memastikan keselesaan menjadi keutamaan pemakai pakaian rekaannya terutama untuk penggunaan jangka masa yang panjang.

Saiz yang betul dan cara pemakaian yang tepat juga penting untuk memastikan korset yang dipakai effektif dan mampu menghasilkan bentuk tubuh badan yang lebih cantik dan langsing.

Kami menyediakan perkhidmatan "trial fitting"  Corset BodyCurve by Cosry bagi mereka yang berada di kawasan lembah kelang. Sila hubungi 017 3727 459 untuk temujanji anda.

Last modified on
Rate this item
(1 Vote)

Copyright© Lavender Online™ 2006-2013. All rights reserved.

Top Desktop version