Logo
Print this page

6 tips cara penjagaan wajah Featured

Tips penjagaan wajah Tips penjagaan wajah

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal dari sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Kerosakan kulit terjadi kerana anda kerap menegangkannya tetapi tidakk membersihkannya dengan sempurna, tidak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

  1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kekotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.
  3. Jangan lupa cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam.
  4. Amalkan tiga langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.
  5. Pastikan anda melindungi kulit clan sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar clan masalah kedutan.
  6. Jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

MITOS 1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
BENAR ATAU PALSU? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. ladi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.

MITOS 2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
BENAR ATAU PALSU? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, pizza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya Iebih teruk.

MITOS 3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi Iebih sihat.
BENAR ATAU PALSU? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua ' nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

MITOS 4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
BENAR ATAU PALSU? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.

Source: Fokussihat, RAPI.

*This article has been schedule to be released. Credit goes to the original writer.

Last modified on
Rate this item
(2 votes)
Copyright© Lavender Online™ 2006-2013. All rights reserved.