Lavender Online

Switch to desktop Register Login

Tips Diet: Kudap-kudapan juga berkhasiat Featured

Kurma dan gajus antara kudap-kudapan yang baik untuk diet Kurma dan gajus antara kudap-kudapan yang baik untuk diet

Kesibukan merupakan antara penghalang seseorang mendapatkan makanan yang sihat dan berkualiti. Apatah lagi apabila disertai dengan sires dan masalah penyakit. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk memastikan tubuh sentiasa mendapat khasiat atau nustrisi penting yang diperlukan, aritaranya ialah dengan menikmati kudap-kudapan.

Bukan kudap-kudapan sembarangan, tetapi pilih kudap-kudapan yang sihat. la lebih mudah, dan dapat dimakan di selasela waktu sibuk anda. Beberapa jenis makanan di bawah boleh diamalkan:

Salad buah

Antioksidan yang terdapat di dalam buah mampu bekerja untuk melindungi tubuh daripada penyakit dan penuaan. Selain rendah kalori, buah juga tinggi dengan serat yang dapat membuat perut terasa kenyang dengan lebih lama. la juga mengelakkan anda dari berasa ingin memakan makanan ringan. Vitamin yang terdapat di dalamnya juga membantu anda kekal fokus ketika bekerja.

Kismis

Makanan daripada buah anggur yang dikeringkan ini mampu melindungi tubuh dari serangan anemia kerana is kaya dengan zat besi. Kismis dikatakan makanan yang amat sesuai buat mereka yang sibuk, lebih-lebih lagi yang sering diserang anemia.

Kurma

Fruktosa dan glukosa semula jadi di dalam buah kurma merupakan bentuk semula jadi rasa manis yang menyihatkan. Selain enak dinikmati sebagai juadah berbuka puasa, buah ini juga sebenarnya boleh dijadikan makanan ringan yang menambah energi tubuh dengan lebih cepat.

Gajus

Kacang gajus kaya dengan vitamin, mineral, protein dan juga serat. Mereka yang sering tertekan akibat pekerjaan biasanya berisiko diserang sakit jantung. Oleh itu, jenis kacang ini balk diamalkan sebagai kudap-kudapan. Ini kerana, kandungan yang terdapat di dalamnya mampu melawan lemak tak tepu untuk mencegah penyakit jantung.

Walnut

Selain gajus, kacang ini juga boleh membantu menghalang serangan jantung. Ambil segenggam walnut dan makan ketika berehat. Kandungan asid lemak omega-3 di dalamnya juga membantu menurunkan trigliserida dan memberikan perlindungan dari penyakit jantung.

Last modified on
Rate this item
(0 votes)

Copyright© Lavender Online™ 2006-2013. All rights reserved.

Top Desktop version