Lavender Online

Switch to desktop Register Login

Blog

Blog (7)

Artikel-artikel yang berkaitan dengan rangkaian produk yang ditawarkan di Lavender Online. Ia mungkin bahan bacaan yang penting sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk yang ditawarkan.

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini. 
 
Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku. 
 
Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini. 


Selepas keguguran ramai mengadu susah untuk hamil semula. Ini kerana penjagaan selepas proses D&C atau pembersihan rahim selepas keguguran tidak dibuat dengan betul.

 
MASALAH LAIN YANG DIHADAPI:
  • Jangkitan pada rahim dan terpaksa dibedah untuk dibuang.
  • Keguguran semula jika hamil lagi kerana sisa janin sebelumnya masih tertinggal di dalam rahim.
  • Perut buncit, haid tidak teratur, gemuk, keputihan, mudah penat dan wajah kusam.
  • Sukar untuk hamil semula dan cengkaman alat kelamin longgar
 
Apa perlu anda lakukan jika keguguran dibawah kandungan sudah 4 bulan ?
 
Terus ambil D’Folia Sendayu Tinggi selepas proses D&C dilakukan. Ia akan menguatkan peranakkan yang lemah, menyuburkan rahim semula bagi memudahkan kehamilan akan datang.
 
Pati Herba Amme 60 Days dari Sendayu Tinggi juga membantu menyembuhkan luka dalaman rahim selepas proses D&C serta menambah darah dan beri tenaga semula.
 
PERHATIAN: Kandungan yang gugur sekitar usia 4-9 bulan haruslah menjalani pantang seperti biasa. Anda perlu mengambil set lengkap Amme Complete.

Dfolia Sendayu Tinggi: RM28
Pati Herba Amme 60 days: RM34
 
Untuk pesanan atau pertanyaan, boleh terus hubungi Puan Yanie di talian 017 3727459 (sms/whatsapp/call)
 
UPDATE! 23/12/2014  Stok Pati Herba Amme tiada buat masa ini. Akan dimaklumkan kemudian bila stok sudah ada. 
Read more...

Masalah tumit kaki merekah pada mulanya memang tidak menyakitkan. Tapi jika dibiarkan terlalu lama, ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan saja terjadi kepada mereka yang berusia, malah golongan muda tidak terkecuali.


Enam jenis petua yang boleh diamalkan bagi merawat masalah ini.

Petua 1

Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam.

Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh kaki halus dan cantik.

Petua 2

Sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lakukan sehingga kaki sembuh.

Petua 3

Sapukan getah betik muda ke tempat yang merekah sehingga kulit kaki dalam keadaan seperti sedia kala. Namun ia perlu dilakukan dengan kerap.

Petua 4

Selain itu, anda boleh juga menggunakan belimbing buluh. Dengan cara menggosok tumit kaki dengan buah itu. Kemudian guna berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki.

Petua 5

Petua yang seterusnya, rendamkan kaki dengan air suam dan gosokkan dengan bawang putih sehingga tumit kaki kembali halus seperti dulu.

Petua 6

Kadang-kadang berdiri terlalu lama di dapur atau tempat kerja membuatkan tumit kaki akan keras dan merekah. Jadi cara yang betul adalah gunakan selipar walaupun ketika di dalam rumah tapi pastikan selipar itu bersih dan selamat digunakan. Selamat mencuba!

 

 

Read more...

Sukacitanya kami ingin memaklumkan kini Lavender Online menyediakan perkhidmatan Custom Made Tshirt untuk kanak-kanak dari size lingkungan umur 3 tahun sehingga 12 tahun hasil usahasama dengan katOkhijoo (BumiCyber Studio). Tempahan boleh dibuat secara terus ke email kami di info(at)bumicyber.com .

Read more...

Kepada semua pelanggan yang kami hormati. Seperti yang anda sedia maklum, dari masa ke semasa kami akan membuat promosi dengan memberikan discount coupon kepada anda. Selain dari itu, kepada pelanggan bertuah, kami turut memberikan mereka dengan Gift Coupons. Apakah beza antara Coupon biasa dengan Gift Coupon ini?

Read more...

Copyright© Lavender Online™ 2006-2013. All rights reserved.

Top Desktop version